You are here

Proclaim

Last updated:
27.12.2021

Insecticide

Authorisation Number: 
JIRP.E/0121/032
Composition: 
Activity Group: 
IRAC
Kumpulan 6
(Pengurusan Rintangan)
Formulation: 
Pekatan Teremulsi (EC)

 telah diuji kesesuaiannya ke atas jenis tanaman yang disyorkan dan tiada kerosakan tanaman didapati. Walau bagaimanapun, untuk varieti baru, kesesuaian keluaran ini seharusnya diuji pada satu petak tanaman yang kecil untuk menentukan tiada kesan fitotoksik sebelum ianya digunakan secara meluas.

  ialah racun serangga daripada kumpulan avermectin yang bertindak secara keracunan perut.

 adalah racun serangga dari Kumpulan 6 IRAC (produk yang mengandungi perawis aktif emamectin benzoate). Oleh kerana terdapat risiko pembentukan ketahanan serangga perosak kepada mana-mana racun serangga, adalah dinasihatkan untuk menggunakan  secara berselang-seli dengan racun serangga daripada kumpulan yang berlainan yang mempunyai cara tindakan berbeza. Rawatan terhadap serangga perosak seperti yang dicadangkan mungkin tidak berkesan sekiranya strain toleran serangga atau hama terbentuk. Untuk nasihat mengenai amalan pengurusan pembentukan ketahanan serangga perosak yang betul, sila rujuk kepada penasihat pertanian berdekatan atau hubungi wakil syarikat.

Kadar Penggunaan

TanamanSerangga PerosakKadar RacunIsi Padu Semburan SehektarPHI
10 Liter AirSehektar
Jagung
Ulat Pengorek Tongkol
(Ostrinia furnacalis)
8 ml400 ml500 liter7 hari
Kubis, Kubis Cina, Sawi dan Kailan
Ulat Plutella
(Plutella xylostella)
8 ml720 ml900 liter7 hari
Ulat Ratus
(Spodoptera litura)
5 ml450 ml
Bendi
Ulat Pengorek Buah
(Earias vitella)
8 ml480 ml600 liter7 hari
Tembakau
Ulat Ratus
(Spodoptera litura)
5 ml300 ml600 liter-
Tomato, Cili
Ulat Pucuk (Helicoverpa armigera)
7 hari
Kacang Panjang
Ulat Pengorek Lenggai
(Maruca testulalis)
7 hari
Terung
Ulat Pengorek Buah
(Leucinodes orbonalis)
5 ml300 ml600 liter7 hari
Kekwa
Pelombong Daun
(Liriomyza syrgenesiae)
Ulat Ratus (Spodoptera litura)
-

 

Panduan Membancuh:
Disyor menggunakan alat penyembur galas bernozel 5/64” jenis “hollow cone”. Isikan tangki setengah penuh dengan air bersih. Campurkan secukupnya mengikut kadar yang ditetapkan dalam jadual sukatan dan bancuh. Seterusnya tambah baki air bersih yang diperlukan dan kacau. Jangan guna pada kadar lebih tinggi dari yang disyorkan. Jangan simpan baki bancuhan di dalam tangki alat penyembur.

 

Panduan Menyembur:
Lakukan semburan apabila tanda serangan mencapai tahap ambang tindakan (ATL). Untuk kawalan yang baik, sembur secara menyeluruh ke permukaan atas dan bawah daun. Ulangi semburan selang 7 hari sekali, apabila serangan masih berkekalan. Jangan guna melebihi dari 2 kali semusim untuk sawi dan kailan, 3 kali semusim untuk kubis, kubis Cina dan tomato, 4 kali semusim untuk jagung dan 6 kali semusim untuk cili, bendi, kacang panjang dan terung. Penambahan ejen pembasah tidak-berionik akan meningkatkan keberkesanan. Jika rawatan perlu diulangi, gunakan berselang-seli dengan racun serangga daripada kumpulan berlainan yang mempunyai cara tindakan berbeza.

 

whatsapp whatsapp