Karate
Insecticide
ialah racun serangga daripada kumpulan “pyrethroid” yang bertindak secara sentuhan dan keracunan perut serta mempunyai sifat pencegahan, ia sesuai untuk pengawalan serangga seperti di dalam jadual.
Kadar Penggunaan
Tanaman | Serangga Perosak | Kadar Racun | Isi Padu Semburan Sehektar | Bilangan Semburan Maksimum | PHI | |
---|---|---|---|---|---|---|
10 Liter Air | Sehektar | |||||
Cili | Ulat Kuntum (Helicoverpa armigera) | 10 ml | 1 liter | 1000 liter | 4 kali / Musim | 7 hari |
Terung | Ulat Pengorek Buah (Leucinodes orbonalis) | 10 ml | 1 liter | 1000 liter | 5 kali / Musim | 7 hari |
Bendi | Pengorek Bendi (Earias fabia) | 10 ml | 1 liter | 1000 liter | 4 kali / Musim | 7 hari |
Kacang Panjang | Ulat Pengorek Kacang (Maruca testulalis) | 10 ml | 1 liter | 1000 liter | 3 kali / Musim | 7 hari |
Koko | Pengorek Buah Koko (Conopomorpha cramerella) | 7 ml | 140 ml | 200 liter | 5 kali / Musim (pada peringkat pembungaan) | 7 hari |
Tembakau | Ulat Ratus (Spodoptera litura) | 5 ml | 225 ml | 450 liter | 6 kali / Musim | - |
Sawit (tapak semaian) | Ulat Beluncas (Setora nitens), (Darna trima) dan (Ploneta diducta) | 10 ml | 0.2 liter | 200 liter | 8 kali / Musim | 7 hari |
Kumbang Tanduk (Oryctes rhinoceros) | 32 ml | 0.48 liter (purata 150 pokok / ha) | 150 liter | 8 kali / Musim | 7 hari | |
Lada Hitam | Kepinding Tinged (Diconocoris hewetti) | 10 ml | 1 liter | 1000 liter | 5 kali / Musim (pada peringkat pembungaan dengan 2 minggu sekali) | 7 hari |
Padi | Bena Hijau (Nephotettix virescens), Ulat Lipat Daun (Cnaphalocrocis medinalis) dan Pianggang (Leptocorisa acuta) | 5 ml | 150 ml | 300 liter | 4 kali / Musim | 21 hari |
Durian | Pengorek Buah (Mudaria magniplaga) Gunakan penyembur berkuasa (Power sprayer) | 10 ml | 450 ml | 450 liter | 2 kali / Musim (pada awal peringkat pembungaan hingga awal pembentukan buah) | 7 hari |
Panduan Membancuh:
Disyor menggunakan alat penyembur galas bernozel jenis “hollow cone”. Isikan tangki setengah penuh dengan air bersih. Campurkan secukupnya mengikut syor yang ditetapkan dalam jadual sukatan dan bancuh. Seterusnya tambahkan baki air bersih yang diperlukan dan kacau. Jangan guna pada kadar lebih tinggi dari yang disyorkan. Jangan simpan baki bancuhan
di dalam tangki alat penyembur.
Panduan Menyembur:
Adalah disyorkan tahap serangan penyakit diawasi setiap masa. Lakukan semburan apabila tanda-tanda penyakit mula kelihatan. Untuk kawalan yang baik, sembur secara menyeluruh ke permukaan atas dan bawah daun. Jika perlu, ulangi semburan selang 14-28 hari untuk koko, selang 7 hari untuk tembakau dan lada hitam, selang 4-5 hari untuk choy-sam, selang 7-10 hari untuk tomato, cili, mangga, kacang panjang, kacang buncis dan timun bergantung kepada tahap serangan. Jika rawatan perlu diulangi, gunakan berselang-seli dangan racun kulat daripada kumpulan berlainan yang mempunyai cara tindakan berbeza.