

Perawis aktif thiamethoxam juga bertindak secara sistemik manakala perawis aktif cyantraniliprole menunjukkan sedikit ciri sistemik. Perawis aktif cyantraniliprole bergerak ke atas bagi tanaman dikot sementara sedikit pergerakkan ke bawah bagi tanaman monokot.
Tanaman | Serangga Perosak | Kadar Racun | Isi Padu Semburan Sehektar | PHI | |
---|---|---|---|---|---|
10 Liter Air | Sehektar | ||||
Choy Sam Kubis Bulat Kailan | Ulat Plutella (Plutella xylostella) | **5.0 - 7.5 ml | **250 - 375 ml | 500 liter | 3 hari |
Cili | Ulat Kuntum (Helicoverpa armigera) | *2.5 - 3.75 ml | *250 - 375 ml | 1000 liter | 3 hari |
Kacang Panjang | Ulat Pengorek Buah (Maruca testulalis) | *2.5 - 3.75 ml | *250 - 375 ml | 1000 liter | 7 hari |
Aturan Penggunaan:
• * Penyemburan racun dilakukan mengikut peringkat tumbesaran tanaman.
• ** Penyemburan racun dilakukan mengikut kepadatan tanaman dan tahap serangan.
Panduan Membancuh:
Disyor menggunakan alat penyembur galas PB bernozel jenis “hollow cone”. Isikan tangki setengah penuh dengan air bersih. Campurkan
Panduan Menyembur:
Lakukan semburan apabila serangan mencapai tahap ambang tindakan (ATL). Untuk kawalan yang baik, sembur secara menyeluruh ke permukaan atas dan bawah daun. Ulangi semburan selang 7 hari sekali, apabila perlu sahaja. Jangan guna melebihi 3 kali semburan semusim bagi tanaman choy sam, kubis bulat, kailan dan cili; dan 2 kali bagi kacang panjang. Pastikan semburan dilakukan apabila terdapat tanda awal serangan. Jika rawatan perlu diulangi, gunakan