

Tanaman | Serangga Perosak | Kadar Racun | Isi Padu Semburan Sehektar | PHI | |
---|---|---|---|---|---|
10 Liter Air | Sehektar | ||||
Padi | Ulat Gulung Daun (Cnaphalocrocis medinalis) | 2.5 ml | 50 ml | Mula menyembur ![]() bulir sebanyak 2 kali (30-35 hari selepas menanam atau kerosakan gulung daun yang pertama kelihatan) dan ulangi semburan selang 14 hari (44-49 hari selepas menanam). | 60 hari |
Panduan Membancuh:
Disyor menggunakan alat penyembur kabus. Isikan tangki setengah penuh dengan air bersih. Campurkan
Panduan Menyembur:
Lakukan semburan apabila serangan serangga perosak mencapai tahap ambang tindakan (ATL). Untuk kawalan yang baik, sembur secara menyeluruh ke permukaan atas dan bawah daun. Ulangi semburan selang 14 hari sekali, apabila serangan masih berkekalan. Jangan guna melebihi 2 kali semburan semusim. Jika rawatan perlu diulangi, gunakan
Pengurusan Rintang:
Sesetengah serangga perosak mempunyai potensi membentuk tahap ketahanan yang tinggi pada produk setelah rawatan diulang berkali-kali. Penggunaan produk perlu mengikut strategi yang telah ditentukan untuk kegunaan dan kawasan semburan kerana pembentukan ketahanan serangga perosak tidak dapat dijangka. Syngenta menggalakkan penggunaan “Stewardship” bagi memastikan keberkesanan jangka panjang dalam pengawalan serangga perosak. Untuk mengelakkan pembentukan ketahanan serangga berlaku dengan cepat, elakkan semburan racun serangga secara berterusan pada semua kitaran hidup perosak sama ada menggunakan produk yang sama atau produk yang berlainan tetapi dengan cara tindakan yang sama.