

ialah sejenis racun serangga yang mengandungi perawis aktif daripada kumpulan ‘mesoionic’ yang bertindak mengurangkan rangsangan reseptor “nicotinic acetylcholine”.
PANDUAN MEMBANCUH: Disyor menggunakan alat penyembur galas bernozel kipas saiz 5/64”. Isi tangki setengah penuh dengan air bersih. Campurkan Tusalon secukupnya mengikut syor yang ditetapkan dalam jadual sukatan dan bancuh. Seterusnya tambah baki air bersih yang diperlukan dan kacau. Jangan guna pada kadar lebih tinggi daripada yang disyorkan. Jangan simpan baki bancuhan Tusalon di dalam tangki alat penyembur. Campuran Tusalon dengan produk lain adalah tidak disyorkan. Sekiranya dibuat, uji isi padu kecil campuran sebelum sembur untuk mengelakkan kebinasaan tanaman.
PANDUAN MENYEMBUR: Lakukan semburan apabila serangan serangga perosak mencapai tahap ambang tindakan (ATL). Untuk kawalan yang baik, sembur secara menyeluruh ke permukaan atas dan bawah daun. Jangan sembur Tusalon lebih daripada 1 kali semusim. Jika serangan masih berkekalan, gunakan racun serangga daripada kumpulan berlainan yang mempunyai cara tindakan berbeza.