Palystra
Product overview
ialah racun serangga yang mengandungi dua perawis aktif iaitu thiamethoxam daripada kumpulan neonicotinoid dan cyantraniliprole daripada kumpulan diamides yang bertindak secara sentuhan ke atas sistem saraf pusat serangga (“cental nervous system”) dan keracunan perut dengan menyekat sistem pemakanan serangga perosak. Perawis aktif thiamethoxam juga bertindak secara sistemik manakala perawis aktif cyantraniliprole menunjukkan sedikit ciri sistemik. Perawis aktif cyantraniliprole bergerak ke atas bagi tanaman dikot sementara sedikit pergerakkan ke bawah bagi tanaman monokot. Ia juga memberi kawalan spektrum yang meluas untuk mengawal serangga perosak jenis menghisap dan mengunyah dalam tanaman sayuran berdaun dan berbuah. Sesetengah serangga perosak mempunyai potensi membentuk tahap ketahanan yang tinggi pada produk setelah rawatan diulangi berkali-kali. Penggunaan produk perlu mengikut strategi yang telah ditentukan untuk kegunaan dan kawasan semburan kerana pembentukan ketahanan serangga perosak tidak dapat diramal. Syngenta menggalakkan penggunaan “Stewardship” bagi memastikan keberkesanan jangka panjang dalam pengawalan serangga perosak. Disyor menyembur secara “window approach” untuk mengelakkan pendedahan berterusan pada generasi serangga perosak yang mempunyai cara tindakan yang sama dan penggunaan racun serangga tidak melebihi 50% daripada kitaran hidup tanaman.
Kadar Penggunaan
| Tanaman | Serangga Perosak | Kadar Racun | Isi Padu Semburan Sehektar | PHI | |
|---|---|---|---|---|---|
| 10 Liter Air | Sehektar | ||||
Choy Sam Kubis Bulat Kailan | Ulat Plutella (Plutella xylostella) | **5.0 - 7.5 ml | **250 - 375 ml | 500 liter | 3 hari |
| Cili | Ulat Kuntum (Helicoverpa armigera) | *2.5 - 3.75 ml | *250 - 375 ml | 1000 liter | 3 hari |
| Kacang Panjang | Ulat Pengorek Buah (Maruca testulalis) | *2.5 - 3.75 ml | *250 - 375 ml | 1000 liter | 7 hari |
Aturan Penggunaan:
• * Penyemburan racun dilakukan mengikut peringkat tumbesaran tanaman.
• ** Penyemburan racun dilakukan mengikut kepadatan tanaman dan tahap serangan.
Panduan Membancuh:
Disyor menggunakan alat penyembur galas PB bernozel jenis “hollow cone”. Isikan tangki setengah penuh dengan air bersih. Campurkan secukupnya mengikut syor yang ditetapkan dalam jadual sukatan dan bancuh dengan satu liter air bersih di dalam bekas berlainan dan kacau sehingga larut sepenuhnya. Seterusnya masukkan bancuhan ke dalam tangki alat penyembur dan tambah baki air bersih yang diperlukan dan kacau. Jangan guna pada kadar lebih tinggi dari yang disyorkan. Jangan simpan baki bancuhan di dalam tangki alat penyembur.
Panduan Menyembur:
Lakukan semburan apabila serangan mencapai tahap ambang tindakan (ATL). Untuk kawalan yang baik, sembur secara menyeluruh ke permukaan atas dan bawah daun. Ulangi semburan selang 7 hari sekali, apabila perlu sahaja. Jangan guna melebihi 3 kali semburan semusim bagi tanaman choy sam, kubis bulat, kailan dan cili; dan 2 kali bagi kacang panjang. Pastikan semburan dilakukan apabila terdapat tanda awal serangan. Jika rawatan perlu diulangi, gunakan berselang-seli dengan racun serangga daripada kumpulan berlainan yang mempunyai cara tindakan berbeza.
Related products