Minecto
Product overview
ialah sejenis racun serangga yang mengandungi dua perawis aktif iaitu cyantraniliprole daripada kumpulan ‘diamide’ dan lufenuron daripada kumpulan ‘benzoylurea’. Lufenuron bertindak secara keracunan perut dan sedikit aktiviti sentuhan yang memberi kawalan “ovicidal” menghalang penetasan telur serta menghalang sintesis kitin dan mengganggu pembentukan kutikel di peringkat larva. Cyantraniliprole bertindak secara sentuhan ke atas sistem saraf pusat serangga (central nervous system) dan keracunan perut dengan menyekat sistem pemakanan serangga perosak.
Kadar Penggunaan
| Tanaman | Serangga Perosak | Kadar Racun | Isi Padu Semburan Sehektar | Catatan | PHI | |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 10 Liter Air | Sehektar | |||||
| Padi | Ulat pengorek batang (Scirpophaga incertulas) | 2.5 ml | 50 ml | 200 liter | Mula menyembur MINECTO pada peringkat pembentukan bulir sebanyak 2 kali (30-35 hari selepas menanam atau kerosakan gulung daun yang pertama kelihatan) dan ulangi semburan selang 14 hari (44-49 hari) selepas menanam). | 60 hari |
| Ulat Gulung Daun (Cnaphalocrocis medinalis) | 2.5 ml | 50 ml | 200 liter | |||
Panduan Membancuh:
Disyor menggunakan alat penyembur kabus. Isikan tangki setengah penuh dengan air bersih. Campurkan secukupnya mengikut syor yang ditetapkan dalam jadual sukatan dan bancuh. Seterusnya tambah baki air bersih yang diperlukan dan kacau. Jangan guna pada kadar lebih tinggi daripada yang disyorkan. Jangan simpan baki bancuhan di dalam tangki alat penyembur.
Panduan Menyembur:
Lakukan semburan apabila serangan serangga perosak mencapai tahap ambang tindakan (ATL). Untuk kawalan yang baik, sembur secara menyeluruh ke permukaan atas dan bawah daun. Ulangi semburan selang 14 hari sekali, apabila serangan masih berkekalan. Jangan guna melebihi 2 kali semburan semusim. Jika rawatan perlu diulangi, gunakan berselang-seli dengan racun serangga daripada kumpulan berlainan yang mempunyai cara tindakan berbeza.
Pengurusan Rintang:
Sesetengah serangga perosak mempunyai potensi membentuk tahap ketahanan yang tinggi pada produk setelah rawatan diulang berkali-kali. Penggunaan produk perlu mengikut strategi yang telah ditentukan untuk kegunaan dan kawasan semburan kerana pembentukan ketahanan serangga perosak tidak dapat dijangka. Syngenta menggalakkan penggunaan “Stewardship” bagi memastikan keberkesanan jangka panjang dalam pengawalan serangga perosak. Untuk mengelakkan pembentukan ketahanan serangga berlaku dengan cepat, elakkan semburan racun serangga secara berterusan pada semua kitaran hidup perosak sama ada menggunakan produk yang sama atau produk yang berlainan tetapi dengan cara tindakan yang sama. Ia mengandungi racun serangga Kumpulan 28 (cyantraniliprole daripada kumpulan ‘diamide’) dan racun serangga Kumpulan 15 (lufenuron daripada kumpulan ‘benzoylurea’).
BACA LABEL SEBELUM GUNA
JIRP.E/0921/256
Related products
Racun Serangga
Virtako
Butiran Terserak Air (WG)
- 20.0% w/w Thiamethoxam
- 20.0% w/w Chlorantraniliprole
Racun Serangga
Vertimec
Pekatan Ampaian (SC)
- 8.0% w/w Abamectin
Racun Serangga
Proclaim
Pekatan Teremulsi (EC)
- 2.15% w/w Emamectin Benzoate
Racun Serangga
Plenum
Butiran Terserak Air (WG)
- 50.0% w/w Pymetrozine
Racun Serangga
Pegasus
Pekatan Ampaian (SC)
- 47.17% w/w Diafenthiuron
Racun Serangga
Palystra
Butiran Terserak Air (WG)
- 20.0% w/w Cyantraniliprole
- 20.0% w/w Thiamethoxam
Racun Serangga
Match
Pekatan Teremulsi (EC)
- 5.36% w/w Lufenuron
Racun Serangga
Karate
Pekatan Teremulsi (EC)
- 2.8% w/w Lambda-cyhalothrin
Racun Serangga
Agrimec
Pekatan Teremulsi (EC)
- 1.9% w/w Abamectin
Racun Serangga
Voliam
Pekatan Ampaian (SC)
- 17.54% w/w Thiamethoxam
- 8.77% w/w Chlorantraniliprole
Racun Serangga
Alika
Campuran Ampaian Kapsul Dan Pekatan Ampaian (ZC)
- 12.62% w/w Thiamethoxam
- 9.49% w/w Lambda-cyhalothrin
Racun Serangga
Actara
Butiran Terserak Air (WG)
- 25.0% w/w Thiamethoxam