

ialah sejenis racun serangga yang mengandungi perawis aktif spiropidion dan acetamiprid daripada kumpulan ‘tetronic’ serta terbitan asid ‘tetramic’ dan ‘neonicotinoid’. Spiropidion yang bertindak secara merencat sistem saraf serangga dan acetamiprid bertindak secara sentuhan dan keracunan perut.
Tanaman | Serangga Perosak | Kadar Penggunaan | Isi Padu Semburan Sehektar | PHI | |
---|---|---|---|---|---|
10 Liter Air | Sehektar | ||||
Padi | Lalat Putih (Bemisia tabaci) |
5 g + 8.33 ml Hasten |
300 g |
600 liter |
14 hari |
PANDUAN MEMBANCUH: Disyor menggunakan alat penyembur galas bernozel ‘hollow cone’. Isikan tangki setengah penuh dengan air bersih. Campurkan ELESTAL 54WG secukupnya mengikut syor yang ditetapkan dalam jadual sukatan dan bancuh dengan satu liter air bersih di dalam bekas berlainan dan kacau sehingga larut sepenuhnya. Seterusnya masukkan bancuhan ke dalam tangki alat penyembur dan tambah baki air bersih yang diperlukan dan kacau. Jangan guna pada kadar lebih tinggi daripada yang disyorkan. Jangan simpan baki bancuhan di ELESTAL 54WG dalam tangki alat penyembur.
PANDUAN MENYEMBUR: Lakukan semburan apabila serangan serangga perosak mencapai tahap ambang tindakan (ATL). Untuk kawalan yang baik, sembur secara menyeluruh ke permukaan atas dan bawah daun. Ulangi semburan selang 7 hari sekali, apabila serangan masih berkekalan. Jangan guna melebihi 2 kali semburan semusim. Jika rawatan perlu diulangi, gunakan ELESTAL 54WG berselang-seli dengan racun serangga daripada kumpulan berlainan yang mempunyai cara tindakan berbeza.
Pengurusan Rintang: Penggunaan ELESTAL 54WG dan racun serangga lain dari Kumpulan 23 atau Kumpulan 4 secara berulang terhadap generasi serangga sasaran yang berturut-turut boleh menyebabkan generasi serangga tersebut rintang terhadap racun serangga. Untuk mengelakkan rintang, gunakan racun serangga daripada kumpulan berlainan yang mempunyai cara tindakan berbeza. Penggunaan racun serangga dari kumpulan yang sama secara berulang mungkin menyebabkan hilang kawalan penuh terhadap sebahagian atau keseluruhan populasi serangga. Menggabungkan kaedah alternatif untuk mengawal serangga perosak boleh digunakan sebagai sebahagian daripada pendekatan pengurusan serangga perosak bersepadu (IPM).