Voliam
Product overview
ialah sejenis racun serangga yang mengandungi perawis aktif daripada kumpulan ‘neonicotinoid’ dan ‘diamide’ yang bertindak secara translaminar dan diresap ke seluruh pokok melalui sistem xilem secara sistemik. Ia juga bertindak secara sentuhan dengan menyekat sistem pemakanan serangga perosak. Ini akan menyebabkan serangga perosak tidak boleh menghisap dan mengunyah serta tiada kerosakan berlaku pada tanaman dan mengawal serangga perosak jenis menghisap dan mengunyah.
Kadar Penggunaan
| Tanaman | Serangga Perosak | Kadar Racun | Isi Padu Semburan Sehektar | Bilangan Semburan Maksimum Semusim | PHI | |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 10 Liter Air | Sehektar | |||||
| Padi | Ulat Pengorek Batang (Scirphopaga incertulas) Ulat Gulung Daun (Cnaphalocrocis medinalis) | *2 - 3 ml *5 - 7.5 ml | 100 - 150 ml | 500 liter (alat penyembur galas) | 2 kali | 26 hari |
| 200 liter (alat penyembur bermotor) | ||||||
| Kubis Bulat | Ulat Plutella (Plutella xylostella) | 3 ml | 150 ml | 500 liter | 3 kali | 3 hari |
| Kubis Cina | ||||||
| Kailan | ||||||
| Choy-sam | ||||||
| Terung | Lalat Putih (Bemisia tabaci) Lelompat Daun (Empoasca fabae) Ulat Pengorek Buah/ Pucuk (Leucinodes orbonalis) | 4 ml | 200 ml | 500 liter | 7 hari | |
| Kacang Buncis | Ulat Pengorek Buah (Maruca testulalis) | |||||
Panduan Membancuh:
Disyor menggunakan alat penyembur galas bernozel 5/64" jenis ‘hollow cone’ atau alat penyembur bermotor. Isikan tangki setengah penuh dengan air bersih. Campurkan secukupnya mengikut syor yang ditetapkan dalam jadual sukatan dan bancuh. Seterusnya tambah baki air bersih yang diperlukan dan kacau. Jangan guna pada kadar lebih tinggi daripada yang disyorkan. Jangan simpan baki bancuhan di dalam tangki alat penyembur.
Panduan Menyembur:
Lakukan semburan apabila tanda-tanda serangan mencapai tahap ambang tindakan (ATL). Untuk kawalan yang baik, sembur secara menyeluruh ke permukaan atas dan bawah daun. Ulangi semburan selang 7 hari sekali bagi kubis bulat, kubis Cina, kailan, choy-sam, terung dan kacang buncis ; selang 14 hari bagi padi apabila perlu sahaja. Jangan guna melebihi 3 kali semburan semusim untuk kubis bulat, kubis Cina, kailan, choy-sam, terung dan kacang buncis ; 2 kali semburan semusim untuk padi. Jika rawatan perlu diulangi, gunakan berselang-seli dengan racun serangga daripada kumpulan berlainan yang mempunyai cara tindakan berbeza.
Pengurusan Rintang:
Sesetengah serangga perosak mempunyai potensi membentuk tahap ketahanan yang tinggi pada produk setelah rawatan diulangi berkali-kali. Penggunaan produk perlu mengikut strategi yang telah ditentukan untuk kegunaan dan kawasan semburan kerana pembentukan ketahanan serangga perosak tidak dapat diramal.
Syngenta menggalakkan penggunaan “Stewardship” bagi memastikan keberkesanan jangka panjang dalam pengawalan serangga perosak. Untuk mengelakkan pembentukan ketahanan serangga perosak berlaku dengan cepat, elakkan semburan racun serangga secara berterusan pada semua kitaran hidup perosak sama ada menggunakan produk yang sama atau produk yang berlainan tetapi dengan cara tindakan yang sama. Ia mengandungi racun serangga Kumpulan 4A (thiamethoxam, yang terdiri dari kelas kimia neonicotinoid) dan racun serangga Kumpulan 28 (chlorantraniliprole, yang terdiri dari kelas kimia anthranilic diamide).
secara “window approach” untuk mengelakkan pendedahan racun serangga Kumpulan 28 secara berterusan pada generasi serangga perosak yang mempunyai cara tindakan yang sama. Jumlah penggunaan racun serangga Kumpulan 28 hendaklah tidak melebihi 50% daripada kitaran hidup tanaman.
Links and Downloads
Related products