Agrimec
Product overview
ialah sejenis racun serangga yang mengandungi perawis aktif daripada kumpulan '“avermectin” yang bertindak secara sentuhan dan keracunan perut.
Kadar Penggunaan
| Tanaman | Serangga Perosak | Kadar Racun | Isi Padu Semburan Sehektar | PHI | |
|---|---|---|---|---|---|
| 10 Liter Air | Sehektar | ||||
| Kubis, Kubis Cina, Sawi, Kailan | Ulat Plutella (Plutella xylostella) | 10 ml | 1 liter | 1000 liter | 7 hari |
| Kekwa, Ros | Pelombong Daun (Liriomyza sativae) | 6 ml | 0.6 liter | 1000 liter | - |
| Hama (Tetranychus urticae) | |||||
Panduan Membancuh:
Disyor menggunakan alat penyembur galas atau penyembur galas bermotor. Isikan tangki setengah penuh dengan air bersih. Campurkan secukupnya mengikut syor yang ditetapkan dalam jadual sukatan dan bancuh. Seterusnya tambah baki air bersih yang diperlukan dan kacau. Jangan guna pada kadar lebih tinggi daripada yang disyorkan. Jangan simpan baki bancuhan di dalam tangki alat penyembur.
Panduan Menyembur:
Adalah disyorkan populasi serangga perosak diawasi setiap masa dan lakukan semburan apabila serangan mencapai tahap ambang tindakan (ATL). Untuk kawalan yang baik, sembur secara menyeluruh ke permukaan atas dan bawah daun pada kadar 1000 liter isi padu semburan sehektar. Jika perlu, ulangi semburan selang 7 hari sekali. Jangan sembur lebih daripada 3 kali dalam satu musim untuk tanaman sawi dan kailan, 6 kali untuk tanaman kubis, kubis Cina, kekwa dan ros. Jika rawatan perlu diulangi, gunakan berselang-seli dengan racun serangga daripada kumpulan berlainan yang mempunyai cara tindakan berbeza.
BACA LABEL SEBELUM GUNA
JIRP.E/1220/590
Links and Downloads
Related products