Plenum
Product overview
ialah sejenis racun serangga yang mengandungi perawis aktif daripada kumpulan “pyridine azomethines derivative” yang bertindak secara sistemik untuk mengawal serangga jenis penghisap seperti bena perang, lalat putih dan lelompat daun. Ia bertindak dengan cara menyekat salur pemakanan, menyebabkan serangga jenis penghisap tidak dapat makan. Serangga jenis penghisap akan mati dalam masa 1 - 4 hari selepas semburan bergantung pada peringkat kitaran hidup.
Kadar Penggunaan
| Tanaman | Serangga Perosak | Kadar Racun | Isi Padu Semburan Sehektar | Waktu Semburan/ Tahap Serangan | PHI | |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 10 Liter Air | Sehektar | |||||
| Padi | Bena Perang (Nilaparvata lugens) | 12.5 g | 250 g | 200 liter | Peringkat tumbesaran beranak aktif sehingga pembentukan tangkai | 14 hari |
| 15 g | 300 g | 200 liter | Peringkat tumbesaran terbit dan berbunga | 14 hari | ||
| Bendi | Lelompat Daun (Empoasca fabae) | 4 g | 200 g | 500 liter | Tahap serangan serangga perosak rendah | 3 hari |
| 8 g | 400 g | 500 liter | Tahap serangan seranggan perosak tinggi | 3 hari | ||
| Terung | Lalat Putih (Bemisia tabaci) | 8 g | 800 g | 1000 liter | - | 3 hari |
Panduan Membancuh:
Disyor menggunakan alat penyembur galas bernozel jenis “hollow cone”. Isikan tangki setengah penuh dengan air bersih. Campurkan secukupnya mengikut syor yang ditetapkan dalam jadual sukatan dan bancuh dengan satu liter air bersih di dalam bekas berlainan dan kacau sehingga larut sepenuhnya. Seterusnya masukkan bancuhan ke dalam tangki alat penyembur dan tambah baki air bersih yang diperlukan dan kacau. Jangan guna pada kadar lebih tinggi daripada yang disyorkan. Jangan simpan baki bancuhan di dalam tangki alat penyembur.
Panduan Menyembur:
Lakukan semburan apabila tanda-tanda serangan mencapai tahap ambang tindakan (ATL). Untuk kawalan yang baik, sembur secara menyeluruh ke permukaan atas dan bawah daun. Ulangi semburan selang 5 hari sekali bagi terung ; 7 hari bagi bendi dan 14 hari bagi padi apabila perlu sahaja. Jangan guna melebihi 2 kali semburan semusim bagi padi dan bendi ; 3 kali semburan semusim bagi terung. Jika rawatan perlu diulangi, gunakan berselang-seli dengan racun serangga daripada kumpulan berlainan yang mempunyai cara tindakan berbeza.
BACA LABEL SEBELUM GUNA
JIRP.E/0121/016
Related products