Virtako
Product overview
ialah sejenis racun serangga yang mengandungi perawis aktif daripada kumpulan “neonicotinoids” dan “diamides” yang bertindak secara translaminar dan akan diserap ke seluruh pokok melalui sistem xilem secara sistemik. Ia juga bertindak secara sentuhan dengan menyekat sistem pemakanan serangga perosak. Ia berkesan untuk mengawal serangga perosak jenis menghisap dan mengunyah. Sesetengah serangga perosak mempunyai potensi membentuk tahap ketahanan yang tinggi pada produk setelah rawatan diulangi berkali-kali. Penggunaan produk perlu mengikut strategi yang telah ditentukan untuk kegunaan dan kawasan semburan kerana pembentukan ketahanan serangga perosak tidak dapat diramal. Syngenta menggalakkan penggunaan “Stewardship” bagi memastikan keberkesanan jangka panjang dalam pengawalan serangga perosak.
Disyor menyembur secara “window approach” untuk mengelakkan pendedahan racun serangga kumpulan 28 secara berterusan pada generasi serangga perosak yang mempunyai cara tindakan yang sama dan penggunaan racun serangga tidak melebihi 50% daripada kitaran hidup tanaman.
Kadar Penggunaan
| Tanaman | Serangga Perosak | Kadar Racun | Isi Padu Semburan Sehektar | PHI | |
|---|---|---|---|---|---|
| 10 Liter Air | Sehektar | ||||
| Padi | Ulat Gulung Daun (Cnaphalocrocis medinalis) | 3.75 g | 75 g | 200 liter | 26 hari |
Ulat Pengorek Batang (Scirphopaga incertulas) | |||||
Panduan Membancuh:
Disyor menggunakan alat penyembur galas atau alat penyembur bermotor. Isikan tangki setengah penuh dangan air bersih. Campurkan secukupnya mengikut syor yang ditetapkan dalam jadual sukatan dan bancuh dengan satu liter air bersih di dalam bekas berlainan dan kacau sehingga larut sepenuhnya. Seterusnya masukkan bancuhan ke dalam tangki alat penyembur dan tambah baki air bersih yang diperlukan dan kacau. Jangan guna pada kadar lebih tinggi daripada yang disyorkan. Jangan simpan baki bancuhan di dalam tangki alat penyembur.
Panduan Menyembur:
Lakukan semburan apabila serangan mencapai tahap ambang tindakan (ATL). Untuk kawalan yang baik, sembur secara menyeluruh ke permukaan atas dan bawah daun. Jika perlu, ulangi semburan selang 14 hari sekali untuk tanaman padi. Jangan guna melebihi 2 kali semburan semusim. Jika rawatan perlu diulangi, ia gunakan berselang-seli dengan racun serangga daripada kumpulan berlainan yang mempunyai cara tindakan berbeza.
BACA LABEL SEBELUM GUNA
JIRP.E/0121/022
Related products