Actara
Product overview
ialah racun serangga daripada kumpulan 4A (thiamethoxam, yang terdiri dari kelas kimia neonicotinoid) merupakan racun sistemik untuk mengawal beberapa serangga perosak jenis menghisap. Ia bertindak secara sentuhan dan keracunan perut. Ia diserap melalui akar dan daun. Disyor menyembur secara “window approach” untuk mengelakkan pendedahan racun serangga Kumpulan 4A secara berterusan pada generasi serangga perosak dan jumlah penggunaan racun serangga kumpulan 4A hendaklah tidak melebihi 50% daripada kitaran hidup tanaman.
Kadar Penggunaan
| Tanaman | Serangga Perosak | Kadar Racun | Isi Padu Semburan Sehektar | PHI | Bilangan Semburan Maksimum Semusim | |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 10 Liter Air | Sehektar | |||||
| Padi | Bena Perang (Nilaparvata lugens) | 2.5 g | 50 g | 200 liter | 26 hari | 3 kali |
| Bendi | Lelompat Daun (Empoasca vitis) | 1 g | 100 g | 1000 liter | 14 hari | 8 kali |
| Terung | Lelompat Daun (Empoasca vitis) | 1 g | 100 g | 1000 liter | 3 hari | 2 kali |
Lalat Putih (Bemisia tabaci, Aleurodicus dispersus) | 4 g | 400 g | 1000 liter | |||
| Tomato | Lalat Putih (Bemisia tabaci, Aleurodicus dispersus) | 4 g | 400 g | 1000 liter | 3 hari | 2 kali |
1 g (curahkan 200ml bancuhan bagi setiap pokok) | 400 g | 4000 liter | ||||
| Mangga | Kutu Trip (Megalurothrips typicus) | 2 g | 100 g | 500 liter | 89 hari | 2 kali |
| Limau | Lelompat Daun (Diaphorina citri), Aphid (Toxoptera citricida) | 2 g | 100 g | 500 liter | 7 hari | 2 kali |
Sawit (berumur kurang daripada 2 tahun) | Ulat Bungkus (Mahasena corbetti) | 2 g | 60 g | 30 liter | - | - |
Panduan Membancuh:
Disyor menggunakan alat penyembur galas bernozel 5/64” jenis “hollow cone” atau bermotor. Isikan tangki setengah penuh dengan air bersih. Campurkan secukupnya mengikut syor yang ditetapkan dalam jadual sukatan dan bancuh dengan satu liter air bersih di dalam bekas berlainan dan kacau sehingga larut sepenuhnya. Seterusnya masukkan bancuhan ke dalam tangki alat penyembur dan tambah baki air bersih yang diperlukan dan kacau. Jangan guna pada kadar lebih tinggi dari yang disyorkan. Jangan simpan baki bancuhan di dalam tangki alat penyembur.
Panduan Menyembur:
Lakukan semburan apabila tanda serangan mencapai tahap ambang tindakan (ATL). Untuk kawalan yang baik, sembur secara menyeluruh ke permukaan atas dan bawah daun. Jika perlu, ulangi semburan selang 5-7 hari sekali bagi tanaman bendi, terung dan tomato. Jangan guna melebihi 8 kali semusim bagi tanaman bendi, 2 kali semusim bagi tanaman terung, tomato, mangga dan limau. Untuk tanaman padi, lakukan semburan apabila populasi bena perang mencapai tahap ambang tindakan 10-15 bena serumpun. Gunakan isi padu semburan 200 liter/hektar. Bilangan semburan maksimum bagi tanaman padi ialah 3 kali/musim. Jika rawatan perlu diulangi, gunakan berselang-seli dengan racun serangga daripada kumpulan berlainan yang mempunyai cara tindakan berbeza.
BACA LABEL SEBELUM GUNA JIRP.E/0121/033
Related products