Arilon
Solusi Professional
Racun Serangga
ialah sejenis racun serangga bukan penghalau yang mengandungi perawis aktif daripada kumpulan “oxadiazine” yang bertindak secara sentuhan dan pengingesan.
Alat Penyembur Galas
Kawasan | Perosak | Kadar Racun / 10 L Air | Isi Padu Semburan | Kaedah Rawatan |
---|---|---|---|---|
Di dalam dan di luar bangunan (termasuk kawasan perumahan, pusat komersial, ladang, kilang, hospital, pejabat dan lain-lain) | Lipas (Periplaneta americana, Blattella germanica, Periplaneta brunnea, Supella longipalpa, Nauphoeta cinerea, Neostylopyga rhombifolia, Symploce pallens) Semut (Tapinoma melanocephalum, Anoplolepis gracilipes, Monomorium pharaonis, Paratrechina longicornis) Pepijat (Cimex lectularius) | 25 g (Tahap serangan rendah) 50 g (Tahap serangan tinggi) | 40 ml/m² | Dalam bangunan: Sembur ![]() semburan kasar pada tekanan rendah pada celah-celah atau tempat yang diserang oleh perosak seperti siling, celah dinding, belakang kabinet atau peralatan, sistem retikulasi. |
40 - 160 ml/m² | Luar bangunan: Sembur ![]() penyembur kabus atau “backpack”. Sembur ![]() semburan kasar pada tekanan rendah pada celah-celah, permukaan atau kawasan sekitar bangunan untuk menghalang serangan perosak. |
Perhatian:
Jangan sembur pada bilik atau bangunan berpenghuni.
Jangan sembur ke ruang udara, atau digunakan dalam mana-mana peranti pengasapan.
Jangan sembur pada haiwan, tanaman yang boleh dimakan atau sumber elektrik.
Jangan sembur ke dalam mana-mana jenis saluran pengairan.
Panduan Membancuh:
Disyor menggunakan alat penyembur kabus atau “backpack”. Isikan tangki setengah penuh dengan air bersih. Campurkan secukupnya mengikut syor yang ditetapkan dalam jadual sukatan dan bancuh. Seterusnya tambah baki air bersih yang diperlukan dan kacau. Jangan guna pada kadar lebih tinggi daripada yang disyorkan. Jangan simpan baki bancuhan
di dalam tangki alat penyembur.
Panduan Menyembur:
Jangan sembur pada/ berhampiran dengan makanan/ tempat penyediaan makanan termasuk makanan ternakan. Ulangi semburan sebulan sekali jika tahap serangan rendah. Bagi tahap serangan tinggi, ulangi rawatan selang 7 hari selepas rawatan pertama apabila perlu sahaja. Jika rawatan perlu diulangi, gunakan
berselang-seli dengan racun serangga daripada kumpulan berlainan yang mempunyai cara tindakan berbeza.
Panduan Penggunaan Di Tempat Penyediaan Makanan:
Jangan sembur pada kawasan atau permukaan di mana terdapat makanan, alat penyediaan makanan atau tempat pemprosesan makanan yang boleh menyebabkan kontaminasi. Alihkan atau tutup bahan makanan atau tempat penyediaan makanan sebelum menyembur
.
Jangan sembur secara terus kepada bahan makanan.
BACA LABEL SEBELUM GUNA
JIRP.E/0122/022