Icon 2.8EC
Solusi Professional
Racun Serangga
ialah sejenis racun serangga yang mengandungi perawis aktif daripada kumpulan ‘pyrethroids’ yang bertindak secara sentuhan dan keracunan perut. Ia sesuai digunakan bagi mengawal nyamuk, lalat, semut dan lipas di luar dan di dalam bangunan serta kawasan perumahan.
Alat Penyembur Galas
Kawasan Rawatan | Serangga Perosak | Kadar | Catatan | |
---|---|---|---|---|
Campuran Racun | Isi Padu Semburan | |||
1) Semburan 'Residual' luar dan dalam bangunan dengan menggunakan alat penyembur tekanan (compression sprayer) . | Nyamuk (Anopheles maculatus, Anopheles letifer, Anopheles dirus, Anopheles sundaicus, Anopheles campestris, Anopheles balabacensis, Anopheles flavirostris), Lalat (Musca domestica), Semut (Componotus saundersi), Lipas (Blattella germanica) | 20 ml / liter air | 40 ml / meter persegi | Sembur pada permukaan lantai dan dinding di mana serangga sering berkeliaran serta rekahan/ lubang tempat pembiakan atau persembunyian. |
2) Semburan Ruang a) Pengabutan Therma - Mesin Tangan - Mesin berkenderaan | Nyamuk (Anopheles maculatus, Anopheles letifer, Anopheles dirus, Anopheles sundaicus, Anopheles campestris, Anopheles balabacensis, Anopheles flavirostris, Aedes albopictus, Aedes aegypti), Lalat (Musca domestica) | 20 - 40 ml / liter minyak tanah atau diesel | 2 liter / hektar | Gunakan kadar racun yang tinggi jika populasi serangga perosak adalah tinggi. |
b) Pengabutan Sejuk - Penyemburan isi padu ultra rendah (ULV) | 8 - 16 ml / liter minyak tanah atau diesel | 5 liter / hektar | ||
80 - 160 ml / liter air atau diesel | 0.5 liter / hektar | |||
3) Semburan Biasa (Penyembur Galas) | Jejentik (Anopheles campestris, Anopheles maculatus, Anopheles letifer, Anopheles dirus, Anopheles sundaicus, Anopheles campestris, Anopheles balabacensis, Anopheles flavirostris) | 4 ml/ liter air | 100 liter / hektar | Sembur pada kawasan bertakung air. |
Panduan Membancuh:
Disyor menggunakan mesin ULV, mesin pengabutan terma dan alat penyembur galas. Isikan tangki setengah penuh dengan air/diesel, campurkan secukupnya mengikut syor yang ditetapkan dalam jadual sukatan dan bancuh. Seterusnya, tambah baki air/diesel yang diperlukan. Jangan guna pada kadar yang lebih tinggi daripada yang disyorkan. Jangan simpan baki bancuhan
di dalam tangki alat penyembur.
Panduan Menyembur:
Untuk kesan yang baik, rawatan hendaklah dibuat pada waktu terbit fajar atau senja di mana suhu di sekeliling tidak melebihi 30˚C dan angin tidak bertiup kencang. Untuk kawalan jangkamasa panjang, semburan racun serangga hendaklah dijalankan bersama dengan kebersihan kawasan pembiakan melalui pemungutan sampah dan mengurangkan tempat pembiakan serangga. Semburan hendaklah dibuat pada 5 - 10 hari sekali pada peringkat permulaan. Selepas itu, kekerapan semburan boleh dikurangkan untuk menjaga populasi serangga pada tahap yang boleh diterima. Jangan sembur pada/ berhampiran dengan makanan/ tempat penyediaan makanan termasuk makanan binatang.
BACA LABEL SEBELUM GUNA
JIRP.E/0122/029