Simodis
Product overview
ialah sejenis racun serangga yang mengandungi perawis aktif daripada kumpulan 'isoxazoline' yang bertindak secara sentuh dan pengingesan.
Kadar Penggunaan
| Tanaman | Serangga Perosak | Kadar Racun | Isi Padu Semburan Sehektar | Bilangan Semburan Maksimum Semusim | PHI | |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 10 Liter Air | Sehektar | |||||
| Kubis | Ulat Plutella (Plutella xylostella) | 6 ml | 300 ml | 500 liter | 2 kali | 1 hari |
| Cili | Kutu Trip (Thrips palmi) | 9 ml | 450 ml | 500 liter | 3 kali | 1 hari |
Panduan Membancuh:
Disyor menggunakan alat penyembur galas bernozel kipas atau kon. Isikan tangki setengah penuh dengan air bersih. Campurkan secukupnya mengikut syor yang ditetapkan dalam jadual sukatan dan bancuh. Seterusnya tambah baki air bersih yang diperlukan dan kacau. Jangan guna pada kadar lebih tinggi daripada yang disyorkan. Jangan simpan baki bancuhan di dalam tangki alat penyembur.
Panduan Menyembur:
Lakukan semburan apabila serangan serangga perosak mencapai tahap ambang tindakan (ATL). Untuk kawalan yang baik, sembur secara menyeluruh ke permukaan atas dan bawah daun. Ulangi semburan selang 5 hari sekali untuk tanaman cili dan 7 hari sekali untuk tanaman kubis apabila serangan masih berkekalan. Jika rawatan perlu diulangi, gunakan berselang-seli dengan racun serangga daripada kumpulan berlainan yang mempunyai cara tindakan berbeza.
BACA LABEL SEBELUM GUNA
JIRP.E/1223/687
Related products