Incipio
Product overview
ialah sejenis racun serangga yang mengandungi perawis aktif daripada kumpulan 'isoxazoline' yang bertindak secara sentuh, pengingesan dan aktiviti translaminar.
Kadar Penggunaan
| Tanaman | Serangga Perosak | Kadar Racun | Isi Padu Semburan Sehektar | PHI | |
|---|---|---|---|---|---|
| 10 Liter Air | Sehektar | ||||
| Padi | Ulat Pengorek Batang (Scirphopaga incertulas) | 10 ml | 300 ml | 300 liter | 29 hari |
| Padi | Ulat Gulung Daun (Cnaphalocrocis medinalis) | 3.5 ml | 100 ml | 300 liter | 29 hari |
Panduan Membancuh:
Disyor menggunakan alat penyembur galas bernozel kipas atau kon. Isikan tangki setengah penuh dengan air bersih. Campurkan secukupnya mengikut syor yang ditetapkan dalam jadual sukatan dan bancuh. Seterusnya tambah baki air bersih yang diperlukan dan kacau. Jangan guna pada kadar lebih tinggi daripada yang disyorkan. Jangan simpan baki bancuhan di dalam tangki alat penyembur.
Panduan Menyembur:
Lakukan semburan apabila serangan serangga perosak mencapai tahap ambang tindakan (ATL). Untuk kawalan yang baik, sembur secara menyeluruh ke permukaan atas dan bawah daun. Ulangi semburan selang 14 hari sekali, apabila serangan masih berkekalan. Jangan guna melebihi 2 kali semburan semusim. Jika rawatan perlu diulangi, gunakan berselang-seli dengan racun serangga daripada kumpulan berlainan yang mempunyai cara tindakan berbeza.
BACA LABEL SEBELUM GUNA
JIRP.E/1223/695
Related products