Ridomil
Product overview
ialah sejenis racun kulat perlindungan dan penyembuhan yang mengandungi perawis aktif daripada kumpulan “phenylamide” yang bertindak secara sistemik dengan menghalang sintesis asid nukleik.
Kadar Penggunaan
| Tanaman | Penyakit | Kadar Racun | Catatan | PHI | |
|---|---|---|---|---|---|
| 10 Liter Air | Sehektar | ||||
| Durian | Bengkak Cerana (Phytophthora palmivora) | 24 ml | - | 3 cara menggunakannya: 1. Kikis kulit batang yang diserang dan sapukan larutan racun dengan berus pada tempat tersebut. Periksa setiap 1 bulan dan lakukan rawatan sebaik sahaja penyakit dikesan. | 14 hari |
| 1.1 liter (2 ml + 18 ml air) | - | 2. Korek lubang di bawah bahagian berpenyakit. Kemudian suntik larutan racun menggunakan penyuntik Chemjet 20 ml. 2 - 4 lubang suntikan diperlukan bergantung pada saiz pokok. | 14 hari | ||
| 20 ml | - | 3. Curahkan larutan racun di permukaan tanah di bawah teduhan pokok. Gunakan 800 ml bancuhan untuk setiap meter persegi teduhan pokok. | 14 hari | ||
| Reput Pangkal (Phytophthora palmivora) Reput Akar (Pythium sp.) | 20 ml | - | Curahkan larutan racun di permukaan tanah di bawah teduhan pokok. Gunakan 800 ml bancuhan untuk setiap meter persegi teduhan pokok. | 7 hari | |
| Koko | Bengkak Cerana (Phytophthora palmivora) | 27 ml | - | Beruskan bancuhan pada batang selepas dikikis kulit batang yang berpenyakit. | 7 hari |
| Tembakau | Lecuh Anak Benih (Pythium sp.) | 11 ml | 1.1 liter | Siramkan bancuhan di tapak semaian dengan menggunakan 1 liter bancuhan setiap 10 - 20 m2, sesudah atau sebelum disemai biji. | - |
| Getah | Penyakit Jalur Hitam (Phytophthora palmivora) | 24 ml | - | Beruskan batang pokok selebar 5 - 10 cm untuk mendapat jalur selebar 5 - 7 cm di atas dan 1 - 2 cm di bawah tempat menoreh. | - |
| Lada Hitam | Reput Akar (Phytophthora palmivora) | 3 ml | - | Curah bancuhan di sekeliling pangkal tanaman dengan menggunakan 2.5 liter bancuhan bagi setiap pokok. | 14 hari |
| Limau | Reput Pangkal, Reput Akar (Phytophthora palmivora) | 24 ml | - | Curahkan bancuhan di sekeliling pangkal pangkal pokok dengan menggunakan 15 - 20 liter bancuhan bagi setiap pokok. | 14 hari |
Panduan Membancuh:
Isikan tangki setengah penuh dengan air bersih. Campurkan secukupnya mengikut syor yang ditetapkan dalam jadual sukatan dan bancuh. Seterusnya tambah baki air bersih yang diperlukan dan kacau. Jangan guna pada kadar lebih tinggi dari yang disyorkan. Jangan simpan baki bancuhan di dalam tangki bancuhan atau penyiram.
Panduan Menyembur:
Lakukan rawatan apabila tanda-tanda penyakit mula kelihatan. Bagi tembakau, siraman hanya pada peringkat semaian atau semasa mengubah. Jangan guna melebihi 4 kali rawatan setahun bagi semua tanaman. Ulangi rawatan selepas 4 minggu jika tanda penyakit masih kelihatan. Jika rawatan perlu diulangi, gunakan berselang-seli dengan racun kulat daripada kumpulan berlainan yang mempunyai cara tindakan berbeza.
BACA LABEL SEBELUM GUNA
JIRP.E/0221/109
Related products