Amistar
Product overview
ialah sejenis racun kulat yang mengandungi perawis aktif daripada kumpulan "methoxyacrylate" yang bertindak secara sistemik, perlindungan dan penyembuhan.
Kadar Penggunaan
| Tanaman | Penyakit | Kadar Racun /16L | Isi Padu Semburan Sehektar | PHI | |
|---|---|---|---|---|---|
| 10 Liter Air | Sehektar | ||||
| Sawit (tapak semaian) | Bintik Daun (Curvularia eragrostidis) | 5 ml | 300 ml | 600 liter | - |
| Kekwa | Karat Putih (Puccinia horiana) | 5 ml | 500 ml | 1000 liter | - |
| Tomato *hanya sembur pada peringkat pembentukan buah | Hawar Phytophtora (Phytophthora infestans) | 3 hari | |||
| Cili | Antraknos (Colletotrichum capsici) | 3 hari | |||
| Timun | Kulapuk Downy (Pseudoperonospora cubensis) | 3 hari | |||
| Mangga, Belimbing, Betik, Jambu Air | Reput Buah / Hawar Bunga / Antraknos (Colletotrichum gloeosporioides) | 7 hari | |||
| Choy-sam | Reput Daun (Rhizoctonia solani) | 1 hari | |||
| Kangkung | Karat Putih (Albugo ipomoeae-panduratae) | 3 hari | |||
| Padi | Hawar Seludang (Rhizoctonia solani) | 3 hari | |||
| Karah (Pyricularia oryzae) | 13 ml | 250 ml | 200 liter | 14 hari | |
Aturan Penggunaan:
Tidak sesuai dicampurkan dengan racun perosak organophosphate, organochlorine dan permethrin untuk digunakan ke atas tanaman timun. Produk ini tidak boleh diguna pada kadar melebihi dari yang disyorkan untuk tanaman yang disyorkan.
Panduan Membancuh:
Isikan tangki setengah penuh dengan air bersih. Campurkan secukupnya mengikut syor yang ditetapkan dalam jadual sukatan dan bancuh. Seterusnya tambah baki air bersih yang diperlukan dan kacau. Jangan guna pada kadar lebih tinggi daripada yang disyorkan. Jangan simpan baki bancuhan di dalam tangki alat penyembur.
Panduan Menyembur:
Lakukan semburan apabila tanda-tanda penyakit mula kelihatan. Untuk kawalan yang baik, sembur secara menyeluruh ke permukaan atas dan bawah daun. Ulangi semburan selang 7 hari sekali, apabila perlu sahaja. Jangan gunakan melebihi dari 2 kali semburan semusim bagi belimbing dan betik, 3 kali semburan semusim bagi jambu air, choy-sam dan kangkung, 5 kali semburan semusim bagi timun, 6 kali semburan semusim bagi tomato dan cili, 4 kali semburan semusim bagi sawit, mangga dan padi. Jika rawatan perlu diulangi, gunakan berselang-seli dengan racun kulat daripada kumpulan berlainan yang mempunyai cara tindakan berbeza.
BACA LABEL SEBELUM GUNA
JIRP.E/0121/025
Related products