Miravis® D 18.38SC
Product overview
Miravis® D 18.38SC ialah sejenis racun kulat yang mengandungi perawis aktif difenoconazole dan pydiflumetofen daripada kumpulan 'triazoles' dan 'N-methoxy-(phenyl-ethyl)-pyrazole- carboxamides. Difenoconazole yang bertindak secara mengganggu biosintesis sterol pada membran sel dan pydiflumetofen bertindak secara mengganggu rantai respirasi di dalam mitokondria. Aplikasikan Miravis® D 18.38SC secara pencegahan.
| Tanaman | Penyakit | Kadar Racun | Isi Padu Semburan Sehektar | PHI | |
|---|---|---|---|---|---|
| 10 Liter Air | Sehektar | ||||
| Jagung | Hawar Daun (Helminthosporium maydis) | 9.5 ml | 750 ml | 800 liter | 30 hari |
| Tembikai | Hawar Batang Bergam (Didymella bryoniae) | 13 ml | 900 ml | 700 liter | 7 hari |
Panduan Membancuh:
Disyor menggunakan alat penyembur galas bernozel 'hollow cone. Isikan tangki setengah penuh dengan air bersih. Campurkan Miravis® D 18.38SC secukupnya mengikut syor yang ditetapkan dalam jadual sukatan dan bancuh. Seterusnya tambah baki air bersih yang diperlukan dan kacau. Jangan guna pada kadar lebih tinggi daripada yang disyorkan. Jangan simpan baki bancuhan Miravis® D 18.38SC di dalam tangki alat penyembur.
Panduan Menyembur:
Lakukan semburan apabila tanda-tanda penyakit mula kelihatan. Untuk kawalan yang baik, sembur secara menyeluruh ke permukaan atas dan bawah daun. Ulangi semburan selang 7 hari sekali untuk tanaman tembikai dan 14 hari sekali untuk tanaman jagung, apabila perlu sahaja. Jangan guna melebihi 2 kali semburan semusim. Jika rawatan perlu diulangi, gunakan Miravis® D 18.38SC berselang-seli dengan racun kulat daripada kumpulan berlainan yang mempunyai cara tindakan berbeza.
BACA LABEL SEBELUM GUNA
JIRP.E/1024/691
Related products