Armure 300EC
Fungicide

ialah racun kulat daripada kumpulan triazole yang bertindak secara sistemik.
Kadar Penggunaan
Tanaman | Penyakit | Kadar Racun | Isi Padu Semburan Sehektar | Penggunaan | PHI | |
---|---|---|---|---|---|---|
10 Liter Air | Sehektar | |||||
Padi | Hawar Seludang | 13 ml | 300 ml | 225 liter | Mula menyembur Armure 300EC bila tanda awal serangan kelihatan selepas 55 - 65 hari selepas menanam. Ulangi sembur selang 14 hari jika serangan penyakit masih berkekalan. | 28 hari |
10 ml | 300 ml | 300 liter | ||||
Sawit (tapak semaian) | Bintik Daun (Curvularia lunata, Curvularia maculans) | 7.5 ml | 450 ml | 600 liter | Mula menyembur Armure 300EC bila tanda awal serangan kelihatan. Ulangi sembur selang 14 hari jika serangan penyakit masih berkekalan. | - |
Panduan Membancuh:
Disyor menggunakan alat penyembur galas bernozel jenis “hollow cone” bagi tanaman padi dan gunakan alat penyembur galas bernozel saiz 3 jenis “hollow cone” bagi tanaman sawit. Isikan tangki setengah penuh dengan air bersih. Campurkan secukupnya mengikut syor yang ditetapkan dalam jadual sukatan dan bancuh. Seterusnya tambah baki air bersih yang diperlukan dan kacau. Jangan guna pada kadar lebih tinggi dari yang disyorkan. Jangan simpan baki bancuhan
di dalam tangki alat penyembur.
Panduan Menyembur:
Lakukan semburan apabila tanda-tanda penyakit mula kelihatan, lebih kurang 55 - 65 hari selepas padi ditabur. Jika perlu, ulangi semburan selang 14 hari sekali untuk padi dan sawit. Jangan guna melebihi dari 2 kali semburan semusim bagi padi ; 4 kali semburan semusim bagi sawit. Jangan masuki kawasan semburan sebelum semburan kering. Jika rawatan perlu diulangi, gunakan berselang-seli dengan racun kulat daripada kumpulan berlainan yang mempunyai cara tindakan berbeza.