Actellic
Product overview
ialah sejenis racun serangga yang mengandungi perawis aktif daripada kumpulan ‘organophosphate’ yang bertindak secara sentuhan dan keracunan perut.
Alat Penyembur Galas
| Tempat / Keadaan | Serangga Perosak | Kadar Racun | Isi Padu Semburan / m² | Cara Penggunaan | |
|---|---|---|---|---|---|
| 10 Liter Air | 100 m² | ||||
| A) Barangan Simpanan: Padi, Jagung dan Kacang | Bubuk (Sitophilus oryzae) Kumbang Tepung (Tribolium castaneum) Ulat Tepung (Oryzaephilus surinamensis) | 160 ml | 80 ml | 50 ml | Pembersihan Stor : Sembur pada dinding, lantai dan bumbung stor. |
| 50 ml | 50 ml | 100 ml | Bijian dalam beg : Sembur ke atas beg bijian. | ||
| - | - | - | Semburan kabus : Gunakan 100-200 ml dalam 1 liter minyak diesel / tanah. | ||
| B) Kesihatan Awab (Rawatan Residual) | Nyamuk (Anopheles maculatus, Anopheles letifer, Anopheles sundaicus, Anopheles campestris, Anopheles balabacensis, Anopheles flavirostris, Culex quinquefasciatus, Aedes albopictus, Aedes aegypti) Lalat (Musca domestica) | 250 ml | 200 ml | 80 ml | Kawasan luar rumah : Sembur sehingga basah. |
| 500 ml | 400 ml | Kawasan dalam rumah : Sembur pada dinding. | |||
| Tempat / Keadaan | Serangga Perosak | Cara Penggunaan | Kadar Racun | Isi Padu Semburan Sehektar | |
|---|---|---|---|---|---|
| 1 Liter Diesel / Kerosene | Kadar Bancuhan | ||||
| C) Kawasan Awam, Kawasan Domestik | Nyamuk (Anopheles maculatus, Anopheles letifer, Anopheles sundaicus, Anopheles campestris, Anopheles balabacensis, Anopheles flavirostris, Culex quinquefasciatus, Aedes albopictus, Aedes aegypti) Lalat (Musca domestica) | Luar Bangunan - ULV | 400 ml | 1 : 2.5 | 0.5 Liter |
| 200 ml | 1 : 5 | 1.0 Liter | |||
| - Thermal Fogging | 100 ml | 1 : 10 | 2.0 Liter | ||
| 40 ml | 1 : 2.5 | 5.0 Liter | |||
| Dalam Bangunan - ULV | 200 ml | 1 : 5 | 10 - 20 ml semburan / rumah | ||
| - Thermal Fogging | 40 ml | 1 : 2.5 | 100 - 200 ml semburan / rumah | ||
Tempoh Menunggu:
Satu bulan untuk padi dan 4 bulan untuk beras, biji jagung dan kacang yang dikupas kulit.
Panduan Membancuh:
Disyor menggunakan alat penyembur galas bernozel ‘Flat fan’ dan ‘Thermal fogging’ (untuk semburan kabus). Isikan tangki setengah penuh dengan air/diesel, campurkan secukupnya mengikut syor yang ditetapkan dalam jadual sukatan dan bancuh. Seterusnya, tambah baki air/diesel yang diperlukan. Jangan guna pada kadar yang lebih tinggi daripada yang disyorkan. Jangan simpan baki bancuhan di dalam tangki alat penyembur.
Panduan Menyembur:
Sembur ke atas permukaan di mana serangga sering berkeliaran, serta ke dalam rekahan/ lubang/ tempat pembiakan atau persembunyian. Permukaan yang disembur akan memberikan kawalan sisa baki. Membasuh/ mengelap permukaan tersebut selepas menyembur akan menjejaskan kesan sisa baki. JANGAN sembur pada/ berhampiran dengan makanan/ tempat penyediaan makanan termasuk makanan ternakan. Jika rawatan perlu diulangi, gunakan berselang-seli dengan racun serangga daripada kumpulan berlainan yang mempunyai cara tindakan berbeza.
BACA LABEL SEBELUM GUNA
JIRP.E/0122/024