Icon CS
Product overview
ialah sejenis racun serangga yang mengandungi perawis aktif daripada kumpulan ‘pyrethroid’ yang bertindak secara sentuhan dan keracunan perut.
A. Rawatan Kelambu
yang diserap pada kelambu dan langsir boleh mengurangkan gangguan gigitan nyamuk sejajar dengan program kawalan bersepadu. Ia juga boleh mengawal dari merebaknya penyakit malaria dan penyakit bawaan nyamuk yang lain.
| Perosak | Bahan Kelambu | Kadar Racun / 10 L Air | Kaedah Rawatan |
|---|---|---|---|
| 1 Liter Air | Isi Padu Semburan / m² | ||
Nyamuk (Anopheles maculatus, Anopheles letifer, Anopheles dirus, Anopheles sundaicus, Anopheles campestris, Anopheles balabacensis, Anopheles flavirostris, Aedes albopictus, Aedes aegypti) | Kapas | 0.4 ml | 30 ml |
| Nilon | 0.4 ml | 15 ml |
Tempatkan kelambu dan kuantiti larutan
a. yang diperlukan ke dalam beg, keluarkan udara dan kedapkan. Untuk menentukan campuran
b. disebarkan dengan rata ke atas kelambu, perah dan uli beg itu.
- Selepas rawatan, kelambu boleh diletakkan di atas beg plastik untuk dikeringkan. Bila kering, kelambu bolehlah disimpan di dalam beg. JANGAN GANTUNG UNTUK DIKERINGKAN kerana racun serangga boleh hilang melalui titisan.
Jika banyak kelambu akan dirawat pada sesuatu masa, tentukan kuantiti air yang akan diserap oleh beberapa kelambu kemudian kirakan kadar larutan seperti di atas.
- Simpan keluaran dengan selamat di dalam bekas asal. Baca langkah-langkah keselamatan di label sebelum menggunakannya.
B. Semburan Residual
memberi kawalan yang baik terhadap lalat dewasa dan nyamuk bila disembur secara rawatan residu.
| Kawasan Rawatan Residual | Perosak | Kadar Racun / 10 L Air | Kaedah Rawatan |
|---|---|---|---|
| 1 Liter Air | Isi Padu Semburan / m² | ||
Luar Bangunan | Nyamuk (Anopheles maculatus, Anopheles letifer, Anopheles dirus, Anopheles sundaicus, Anopheles campestris, Anopheles balabacensis, Anopheles flavirostris) Lalat (Musca domestica), Semut (Monomorium pharaonis), Lipas (Blattella germanica) | 20 ml | 40 ml |
| Dalam Bangunan | 10 ml |
Panduan Membancuh:
Disyor menggunakan alat penyembur galas bernozel jenis “hollow cone”. Isikan tangki setengah penuh dengan air bersih. Campurkan secukupnya mengikut syor yang ditetapkan dalam jadual sukatan dan bancuh dengan satu liter air bersih di dalam bekas berlainan dan kacau sehingga larut sepenuhnya. Seterusnya masukkan bancuhan ke dalam tangki alat penyembur dan tambah baki air bersih yang diperlukan dan kacau. Jangan guna pada kadar lebih tinggi dari yang disyorkan. Jangan simpan baki bancuhan di dalam tangki alat penyembur.
Panduan Menyembur:
Untuk kesan yang baik, rawatan hendaklah dibuat pada waktu terbit fajar atau senja, suhu di sekeliling tidak melebihi 30˚C dan angin tidak kencang. Untuk kawalan jangkamasa panjang, semburan racun serangga hendaklah dijalankan bersama dengan kebersihan kawasan pembiakan melalui pemungutan sampah dan mengurangkan tempat pembiakan serangga. Ulangi semburan pada 5-10 hari sekali, apabila serangan serangga perosak masih berkekalan. Selepas itu, kekerapan semburan boleh dikurangkan untuk menjaga populasi serangga pada tahap yang boleh diterima. Jangan sembur pada / berhampiran dengan makanan / tempat penyediaan makanan termasuk makanan haiwan.
BACA LABEL SEBELUM GUNA
JIRP.E/0122/025