Fusilade
Product overview
ialah sejenis racun rumpai lepas cambah yang mengandungi perawis aktif daripada kumpulan “aryloxyphenoxypropionate” yang bertindak secara sistemik dan memilih. Ia berkesan bagi mengawal rumpai daun tirus terutamanya rumput kerbau (Paspalum conjugatum) dan tidak merosakkan tanaman berdaun lebar.
Kadar Penggunaan
| Kawasan Tanaman | Rumpai | Kadar Racun | Isi Padu Semburan Sehektar | PHI | |
|---|---|---|---|---|---|
| 10 Liter Air | Sehektar | ||||
| Getah | Rumput Kerbau (Paspalum conjugatum) | 33 ml | 1.5 liter | 450 liter | - |
| Koko dan Sawit | 3 hari | ||||
Kawasan kekacang penutup bumi yang baru ditanam dan yang telah kukuh | - | ||||
| Durian | 4 bulan | ||||
Mangga, Betik, Pisang dan Jambu Batu | 14 hari | ||||
Aturan Penggunaan:
• Jangan biarkan haiwan ternakan meragut rumpai di kawasan yang disembur selama sekurang-kurangnya 2 minggu selepas semburan terakhir.
Panduan Membancuh:
Disyor menggunakan alat penyembur galas bernozel kipas atau "Flood jet" saiz 5/64". Isikan tangki setengah penuh dangan air bersih. Campurkan secukupnya mengikut syor yang ditetapkan dalam jadual sukatan dan bancuh. Seterusnya tambah baki air bersih yang diperlukan dan kacau. Jangan guna pada kadar lebih tinggi daripada yang disyorkan. Jangan simpan baki bancuhan di dalam tangki alat penyembur.
Panduan Menyembur:
Ketika menyembur, elakkan kabus semburan daripada terkena tanaman kerana kerosakan teruk atau kebinasaan mungkin berlaku. Gunakan alat penghadang semburan untuk mengelakkan tempiasan. Jangan sembur di kawasan tanaman lain yang tidak disyorkan.
BACA LABEL SEBELUM GUNA
JIRP.E/0121/018
Related products