Calaris
Product overview
Racun rumpai ini ialah sejenis racun lepas cambah yang mengandungi dua jenis perawis aktif daripada kumpulan "triketone" (HRAC F2) dan kumpulan "triazine" (HRAC C1), yang bertindak secara sentuhan dan sistemik. Ia diserap melalui sistem floem daun dan sistem xilem akar rumpai, memberikan kawalan spektrum yang meluas untuk mengawal rumpai jenis berdaun lebar dan dikot, serta rumpai berdaun tirus dan monokot. Rumpai akan mati selepas dua minggu penyemburan racun rumpai, di samping itu, ia juga mempunyai kesan residu yang mengawal rumpai selama 6 minggu, bergantung pada spesies rumpai dan keadaan cuaca.
Kadar Penggunaan
| Tanaman | Rumpai | Peringkat Daun Rumpai | Kadar Racun | Isi Padu Semburan Sehektar | PHI | |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 10 Liter Air | Sehektar | |||||
| Jagung | Rumput Sambau (Eleusine indica) Ara Tanah (Euphorbia heterophylla) Jelamparan (Digitaria longiflora, Digitaria ciliaris) Akar Ruas-ruas (Asystasia intrusa) Maman (Cleome rutidosperma) | 2 helai daun | 78 ml | 3500 ml | 450 liter | 45 hari
|
Rumput Sambau (Eleusine indica) Rumput Bunga Satuan (Cyperus esculentus) | 4 helai daun | |||||
Aturan Penggunaan:
Bagi tanaman jagung, adalah disyorkan diuji dahulu kepekaan terhadap varieti-varieti jagung untuk mengelakkan kesan fitotoksik. Jangan sembur sekiranya tanaman jagung tersebut telah mempunyai lebih daripada 8 helai daun.
Panduan Membancuh:
Disyor menggunakan alat penyembur galas PB bernozel jenis “flat fan”. Isikan tangki setengah penuh dengan air bersih. Campurkan secukupnya mengikut syor yang ditetapkan dalam jadual sukatan dan bancuh. Seterusnya tambah baki air bersih yang diperlukan dan kacau. Jangan guna pada kadar lebih tinggi daripada yang disyorkan. Jangan simpan baki bancuhan di dalam tangki alat penyembur.
Panduan Menyembur:
Ketika menyembur, elakkan “tank-mix” dengan racun serang “organophosphate” atau “carbamate” atau kawasan tanaman jagung yang telah dilakukan penyemburan racun serangga “organophosphate" atau “carbamate” kerana kerosakkan teruk atau kebinasaan mungkin berlaku. Penyemburan racun serangga “organophosphate” atau “carbamate” boleh dilakukan selepas 7 hari penyemburan. Gunakan alat penghadang semburan untuk mengelakkan tempiasan. Jangan sembur di kawasan tanaman lain yang tidak disyorkan.
BACA LABEL SEBELUM GUNA
JIRP.E/0121/028
Links and Downloads
Related products