You are here

SofitN

Last updated:
21.01.2022

Herbicide

Composition: 
Activity Group: 
HRAC
Kumpulan K3
(Pengurusan Rintangan)
Formulation: 
Pekatan Teremulsi (EC)

 ialah racun rumpai pasca cambah peringkat awal daripada kumpulan acetamide yang bertindak secara penghalang pembahagian sel (pucuk). Sebelum menyembur, pastikan tanah yang disediakan adalah rata dan bebas daripada rumpai. Tabur benih padi yang telah tumbuh sebaik sahaja tanah diratakan. Sembur  merata pada tanah yang lembap berlumpur 0 - 4 hari selepas menyemai (rumput tidak melebihi 1.5 peringkat daun). Pastikan benih tidak ditenggelami air semasa menyembur. Masukkan air 3 - 5 hari selepas menyembur dan paras air disesuaikan mengikut ketinggian anak benih padi. Jangan menenggelamkan anak padi. Pastikan sawah tidak dibiarkan kering kerana ini akan mengurangkan keberkesanan racun.

 juga sesuai digunakan dengan propanil untuk mengawal rumpai selepas cambah (6 - 10 hari selepas tabur). Jangan menenggelamkan anak padi. Pastikan rumpai tidak terlindung di bawah air tetapi terdedah pada semburan sepenuhnya. Masukkan air 1 - 2 hari selepas menyembur dan paras air disesuaikan mengikut ketinggian anak benih padi.

 juga mengawal padi angin. Sembur Sofit N300EC selepas pembajakan terakhir dan meratakan tanah. Semasa menyembur, pastikan sawah dalam keadaan menakung air pada kedalaman 5 - 10 cm. Simpan air di dalam sawah selama 5 ke 10 hari. Seterusnya keluarkan air dari sawah dan tabur benih padi yang telah dicambahkan sebaik sahaja air dikeluarkan.

KAWASAN TANAMAN: PADI (TABUR TERUS)

RumpaiMasa SemburanProdukKadar RacunIsi Padu Semburan Sehektar
10 Liter AirSehektar
Rumput Padi Burung
(Echinochloa crus-galli),
Rumput Ekor Tebu
(Leptochloa chinensis),
Rumput Colok Cina
(Ischaemum rugosum),
Rumput Tahi Kerbau
(Fimbristylis miliaceae),
Rumput Menderong
(Scirpus grossus), Rumput Air
(Cyperus difformis),
Rusiga Anak Emas
(Cyperus iria), Keladi Agas
(Monochoria vaginalis),
Cabai Kera
(Sphenoclea zeylanica), Paku Rawan
(Limnocharis flava),
Maman Pasir
(Ludwigia hyssopifolia), Tinggir Bangau
(Ludwigia adscendens),
Akar Kerak Nasi
(Lindenia crustacea)
0 - 4 hari selepas tabur
Sofit N300EC50 ml1.5 liter300 liter
6 - 8 hari selepas tabur
Sofit N300EC + Propanil (35.0% w/w)33 ml + 53 ml1.0 liter + 1.6 liter300 liter
10 hari selepas tabur
Sofit N300EC + Propanil (35.0% w/w)43 ml + 67 ml1.3 liter + 2.0 liter300 liter
Padi Angin
(Weedy rice)
Selepas pembajakan terakhir, 5 - 10 hari sebelum menabur
Sofit N300EC50 ml1.5 liter300 liter
Pastikan sawah bertakung air

 

Panduan Membancuh:
Disyor menggunakan alat penyembur galas bernozel 5/64" jenis kipas.
Isikan tangki setengah penuh dengan air bersih. Campurkan secukupnya mengikut syor yang ditetapkan dalam jadual sukatan dan bancuh. Seterusnya tambah baki air bersih yang diperlukan dan kacau. Jangan guna pada kadar lebih tinggi daripada yang disyorkan.

Jangan simpan baki bancuhan di dalam tangki alat penyembur.

 

Panduan Menyembur:
Jangan sembur di kawasan tanaman lain yang tidak disyorkan.

 

Keserasian:
Jangan gunakan racun serangga jenis organophosphate dalam masa 2 minggu selepas atau sebelum menyembur campuran dengan propanil.

BACA LABEL SEBELUM GUNA                                                                                                         JIRP.E/1220/583

 

 

whatsapp whatsapp