Isabion
Product overview
ialah produk semula jadi yang kaya dengan asid amino (62.5%) terhasil daripada hidrolisis kolagen. Ia digunakan secara aplikasi foliar, sistem fertigasi atau siraman untuk vigor tumbuhan dengan mengimbangi asid amino, peptida dan nutrien.
Glycine – 15.8%
Prekursor klorofil, boleh meningkatkan sintesis klorofil
Prolin – 8.0%
Meningkatkan tekanan osmotik dan aktiviti debunga
Asid glutamat – 7.3%
Merangsang fotosintesis dan metabolisme
Profil asid amino
Kaya dengan asid amino rantai pendek
Boleh memberikan kesan rangsangan fisiologi
Mengandungi asid amino bebas setempat
Dapat meningkatkan metabolisme tumbuhan dengan cepat
Proses hidrolisis berkekuatan tinggi
Boleh mengekstrak asid amino dengan berkesan dan meminimumkan kerosakan garam dan komponen logam berat
menguatkan tumbuhan dengan mengatasi tekanan persekitaran, membantu tumbuhan pada peringkat kritikal tumbesaran tanaman seperti berbunga, pembentukan buah, meningkatkan kuantiti dan kualiti hasil tanaman serta menyumbangkan nutrisi kepada bakteria tanah.
merupakan biostimulasi, “osmoprotectant”, anti oksida dan anti penuaan. Biostimulasi tanaman adalah pelengkap kepada nutrisi tanaman dan perlindungan tanaman kerana ia meningkatkan pengambilan nutrien dan kecekapan dalam meningkatkan mekanisma tindak balas terhadap tekanan.
Kesan yang diberikan dengan menyembur:
✓ Meningkatkan sintesis nutrien
✓ Meningkatkan ketahanan tekanan
✓ Pelindung tekanan osmotik
✓ Meningkatkan kadar pendebungaan
Mod pencegahan:
- Detoksifikasi
- Pengkondisian
- Tonik
- Penyatuan
Peningkatan Hasil Dan Menambah Baik Kualiti Hasil
| Tanaman | Kadar Penggunaan | Masa Aplikasi |
|---|---|---|
| Tomato | 200 ml secara siraman 200 400 ml secara foliar 400 | A) Siram pada peringkat pemindahan B) Foliar pada peringkat berbunga pertama C) Foliar pada 15 hari selepas B D) Foliar pada 15 hari selepas C E) Foliar pada 15 hari selepas D F) Foliar pada 15 hari selepas E |
| Buah-buahan | 800 - 1000 ml | Aplikasi pertama : Sebelum berbuah Aplikasi kedua : Buah bersaiz kacang kuda Aplikasi ketiga : Buah bersaiz kacang gajus Aplikasi keempat : Buah bertukar warna |
| Timun | 800 - 1000 ml | Aplikasi pertama : 20 hari lepas tabur Aplikasi kedua : Berbunga Aplikasi ketiga dan keempat : Ulangi aplikasi selang 15 hari |
| Tambikai | 800 - 1000 ml | Aplikasi pertama : 20 hari lepas tabur Aplikasi kedua : Berbunga Aplikasi ketiga dan keempat : Ulangi aplikasi selang 15 hari |
| Cili | 800 - 1000 ml | Aplikasi pertama : Berbunga Aplikasi kedua dan seterusnya : Ulangi aplikasi selang 15 hari |
| Jagung | 1000 ml | Aplikasi pertama : V3 = 3 helai daun Aplikasi kedua : V5 – V6 = 5 ke 6 helai daun. Bunga jantan telah mula terbentuk pada titik tumbuh dan sistem akar telah terbentuk dengan kedalaman 45 cm. Aplikasi ketiga : V8 = 8 helai daun. Tongkol buah mula keluar. |
| Padi | 800 ml | Aplikasi pertama : Peringkat beranak maksima Aplikasi kedua : Pengisian buah |
Kubis | 200 ml | Aplikasi pertama (A) : Selepas pemindahan Aplikasi kedua (B) : 20 hari selepas A Aplikasi ketiga (C) : 20 hari selepas B |
| Betik | 200 ml | Aplikasi pertama (A) : Foliar pada peringkat berbunga pertama Aplikasi kedua (B) : 15 hari selepas A Aplikasi ketiga (C) : 15 hari selepas B Aplikasi keempat (D) : 15 hari selepas C |
| Ubi Kentang | 600 - 700ml | 3 kali semburan : 1) Pembentukan rizom 2) Pembentukan tuber 3) Pembesaran tuber |
| Durian | 240 ml | Foliar pada peringkat berbunga. 5 kali semusim. Ulangi aplikasi selang 15 hari. |
KELEBIHAN
DIAPLIKASI MELALUI FOLIAR ATAU TANAH:
Kesan pada anti tekanan, anti tegasan dan anti penuaan:
- Anti tekanan (sejuk, haba, kemarau, beku, hujan batu, lain-lain).
- Krisis pemindahan tanaman akan melambatkan pengakaran dan kekurangan kalsium.
- Kesan fitotoksik disebabkan oleh rawatan racun makhluk perosak.
Meningkatkan kesuburan dan menggalakkan reproduktif tumbuhan:
- Pembungaan dan pembentukan buah (kesuburan yang lebih tinggi dan keguguran putik buah yang lebih rendah melalui penguatan daya hidup daun, batang dan akar.)
- Peringkat masak dan perkembangan hasil, buah-buahan yang lebih homogen dan kualiti yang lebih baik (warna dan kemanisan).
Nutrisi tumbuhan dan bakteria tanah:
- Pencegahan dan pemulihan kekurangan nutrisi (klorosis) dalam campuran bersama elemen mikro (kesan chelating dan pengangkutan nutrien mikro).
- Nutrisi bakteria tanah (mengaktifkan mikro flora sedia ada).
UNTUK TANAMAN PADI DI MALAYSIA:
Links and Downloads
Related products