You are here

Mengenai Syngenta Malaysia

Syngenta adalah syarikat racun pertanian terkemuka di dunia yang komited untuk mempromosikan pertanian lestari melalui penyelidikan dan teknologi yang inovatif.

Syngenta Malaysia memiliki pekerja seramai 50 orang dan separuh daripadanya berada di kawasan masing-masing sekitar Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Pendekatan kami di Syngenta Malaysia adalah untuk ilmu pengetahuan, inovasi teknologi dan penggunaan selamat aplikasi racun pertanian. Kesemua inovasi Syngenta berasaskan kajian fakta dan ilmiah atas tentangan utama yang dihadapi oleh para petani iaitu perubahan iklim, pengasingan tanah, kehilangan kepelbagaian biologi dan pandangan pengguna terhadap perubahan teknologi pertanian. 

Kami juga bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan seperti agensi kerajaan, organisasi masyarakat dan akademik untuk mencari penyelesaian yang menangani pelbagai cabaran persekitaran, sosial dan ekonomi yang saling berkaitan.